Wabak Corona – Virus menurut Al-Quran

Wabak-Corona-Virus-menurut-AlQuran

Umat dunia di kala ini telah di kejutkan dengan berita penularan satu virus yang tiada ubatnya iaitu virus corona yang telah dijumpai di satu kawasan china iaitu Wuhan. Virus ini dipercayai berasal dari haiwan yang sakit, khasnya haiwan berbisa dan eksotik.

“Wahai sekalian manusia, makanlah daripada makanan yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di atas bumi dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.” -Surah al Baqarah: 168

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya.” – Surah al Maidah: 3.

Intipati kepada dua ayat Al-Quran ini, boleh dilihat dari tiga sudut. Pertama, Allah mengajak manusia agar makanlah makanan yang halal dan baik. Kedua, ilmu sains telah membuktikan kenapa Islam mengharamkan sebahagian binatang untuk dimakan dan ketiga Allah maha Mengetahui apa yang Dia rencanakan.

Menurut hadis yang diriwiyatkan oleh Ibnu Abbas, Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.”

Kata Faiq lagi, “Hikmah tidak memakan binatang bertaring seperti kelawar, ular, dan lain-lain telah terbukti hari ini.

“Virus daripada sejenis binatang boleh berjangkit ke binatang yang lain, akhirnya merebak kepada pengguna akhir iaitu manusia.”

Lalu, apakah fungsi sesuatu binatang jika mereka tidak dicipta untuk dimakan?

Fungsi siratan makanan adalah untuk mengawal sesetengah haiwan dari spesis yang lain untuk hidup berlebihan di bumi.

Jika tiada haiwan pemangsa di dalam hutan, maka jumlah haiwan herbivor akan bertambah, tidak terkawal lalu menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.

Begitulah hebatnya hukum dan hikmah yang telah ditetapkan islam. Bukan sahaja sesetengah haiwan diharamkan. Malah makan berlebihan yang memberi mudarat pada tubuh badan seseorang.
Kita adalah apa yang kita makan, kita adalah apa yang kita lakukan, kita adalah apa yang kita katakan dan kita juga adalah apa yang kita fikirkan.

Justeru, makanlah apa yang dihalalkan dalam oleh agama, lakukanlah apa yang disuruh oleh agama, katakanlah apa yang digalakkan oleh agama dan fikirkanlah tentang apa yang telah digariskan oleh agama.

Sesungguhnya agama itu adalah jalan yang paling selamat untuk penganutnya dalam menelusuri jalan-jalan kehidupan. Bukannya dengan bertuhankan tuntutan rasa hati, nafsu dan perasaan yang banyak dipengaruhi oleh logik akal. Bak kata pepatah, ikut rasa binasa, ikut hati mati dan ikut nafsu lesu. Namun, sekiranya ikut agama hidup pasti akan aman sejahtera sampai ke syurga..

Sumber : Mufti wilayah persekutuan (HAIWAN DILARANG UNTUK MEMAKAN) , tanyaustaz.com (Makan eksotik)

Leave a Reply

Your email address will not be published.