UJIAN, KEKUSUTAN DAN BALA..MAMPUKAH KITA?

UJIAN,-KEKUSUTAN-DAN-BALA..MAMPUKAH-KITA

Kadang kita sering berasa kusut dan mudah berputus asa dengan setiap apa yang menimpa kita, justeru itu ramai yang banyak mengalami ganggu dari segi mental dan fizikal kerana tidak mampu menanggung setiap ujian yang diterima, hanya muslim yang beriman sahaja mampu bertahan dan sabar dengan setiap yang diberikan kepada mereka.

Setiap ujian yang diberikan adalah berdasarkan tahap kemampuan kita dimana ianya diketahui oleh sang Pencipta, ini kerana hanya Dia mengetahui tahap kemampuan hambanya. Hanya muslim yang beriman mampu berfikir dan berdoa serta mengamalkan setiap yang diperintahkan oleh dirinya agar diri sentiasa dipelihara walaupun ditimpa ujian.

Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa. Justeru itu, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” – al-Ghafir: 60.

Daripada Abi Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksudnya:
“Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahmi, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya kejelekan.” [Riwayat Ahmad -11133]
Firman Allah yang lain : “Maka sesungguhnya sesudah kesusahan itu pasti ada kesenangan”(Al-Insyirah:5).

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: bermaksudnya: “Doalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu yakin bahawa Allah SWT akan memustajabkannya.” [Riwayat al-Tirmizi (3479)][Imam al-Nawawi menilai sanad hadith ini adalah dhaif].

Kesimpulannya, Allah SWT pasti akan memustajabkan setiap doa yang dipanjatkan kepada-Nya tetapi dengan cara yang berbeza. Sekiranya kita mengetahui akan hal ini, maka tidak akan timbul lagi sangkaan bahawa Allah SWT tidak menjawab atau mendengar doa-doa hamba-Nya. Tambahan pula, doa bukanlah sekadar untuk meminta, bahkan ia merupakan satu ibadah serta tanda bagi hamba itu dalam menzahirkan sifat khudhu’ (ketaatan), Tazallul (kehinaan) dan juga iftiqar (keberhajatan) kepada Allah SWT. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang doanya mustajab. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.