Panduan Solat Sunat Aidiladha

Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.

Solat Sunat Aidiladha

Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari. Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban.

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih

Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.

Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Lafaz tasbih

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.

Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha

Khutbah Aidiladha

Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Moga menjadi peringatan bermanfaat kepada semua muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aildiladha 1443.

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info menarik.

https://t.me/QuranDaruliman

#pustakadaruliman #qurandaruliman #ubathati #iman

Sumber: Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

Comment

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *