Kota Mekah adalah kota penuh sejarah dan menjadi tempat beridah umat islam seluruh dunia, setiap tahun pasti akan menjadi fokus kerana Kota ini menjadi tempat suci & ibadah bagi mengerjakan haji
Bagaimana Kota Mekah ini terbina? ini penjelasannya :
Nabi Ibrahim AS bersama anaknya Ismail AS telah diceritakan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan terdapat banyak riwayat yang sahih dalam kitab-kitab hadis mengenainya. Antaranya ialah:
Firman Allah SWT:
ΩΩΨ₯ΩΨ°Ω ΩΩΨ±ΩΩΩΨΉΩ Ψ₯ΩΨ¨ΩΨ±ΩΨ§ΩΩΩΩ Ω Ψ§ΩΩΩΩΩΩΨ§ΨΉΩΨ―Ω Ω ΩΩΩ Ψ§ΩΩΨ¨ΩΩΩΨͺΩ ΩΩΨ₯ΩΨ³ΩΩ ΩΨ§ΨΉΩΩΩΩ Ψ±ΩΨ¨ΩΩΩΩΨ§ ΨͺΩΩΩΨ¨ΩΩΩΩ Ω ΩΩΩΩΨ§ Ϋ Ψ₯ΩΩΩΩΩΩ Ψ£ΩΩΨͺΩ Ψ§ΩΨ³ΩΩΩ ΩΩΨΉΩ Ψ§ΩΩΨΉΩΩΩΩΩ Ω
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
(Surah al-Baqarah: 127)

Firman Allah SWT lagi:
ΩΩΨ₯ΩΨ°Ω Ψ¨ΩΩΩΩΨ£ΩΩΩΨ§ ΩΩΨ₯ΩΨ¨ΩΨ±ΩΨ§ΩΩΩΩ Ω Ω ΩΩΩΨ§ΩΩ Ψ§ΩΩΨ¨ΩΩΩΨͺΩ Ψ£ΩΩ ΩΩΩΨ§ ΨͺΩΨ΄ΩΨ±ΩΩΩ Ψ¨ΩΩ Ψ΄ΩΩΩΨ¦ΩΨ§ ΩΩΨ·ΩΩΩΩΨ±Ω Ψ¨ΩΩΩΨͺΩΩΩ ΩΩΩΨ·ΩΩΨ§Ψ¦ΩΩΩΩΩΩ ΩΩΨ§ΩΩΩΩΨ§Ψ¦ΩΩ ΩΩΩΩ ΩΩΨ§ΩΨ±ΩΩΩΩΩΨΉΩ Ψ§ΩΨ³ΩΩΨ¬ΩΩΨ―Ω
Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
(Surah al-Haj: 26)
Pembinaan Kaabah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan Ismail AS adalah berdasarkan perintah daripada Allah SWT, iaitu selepas beberapa kali Nabi Ibrahim AS datang menziarahi isteri dan anaknya Ismail AS di Makkah. Pada kedatangan kali yang ketiga, baginda telah diperintahkan agar membina Kaabah. Ketika itu Ismail AS telah berumur dua puluh tahun dan ibunya telah meninggal dunia.
Sewaktu Nabi Ibrahim AS tiba, anaknya Ismail AS sedang duduk di bawah pokok berdekatan dengan telaga zamzam sambil mengasah anak panah. Nabi Ibrahim AS memberi salam dan duduk bersamanya. Baginda berkata kepada Ismail: βWahai Ismail! Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkanku supaya membina Kaabah.β Ismail mewnjawab: βTaatlah perintah Allah itu.β Lalu bapanya berkata lagi: βAllah juga memerintahkan agar engkau membantuku dalam pembinaan ini.β Ismail berkata: βDi manakah tempatnya?β Nabi Ibrahim AS menunjukkan tempat yang telah ditunjukkan kepadanya oleh malaikat yang mengiringinya. Selepas itu, mereka mula menggali tapak asas binaan serta berdoa:
Ψ±ΩΨ¨ΩΩΩΩΨ§ ΨͺΩΩΩΨ¨ΩΩΩΩ Ω ΩΩΩΩΨ§ Ϋ Ψ₯ΩΩΩΩΩΩ Ψ£ΩΩΨͺΩ Ψ§ΩΨ³ΩΩΩ ΩΩΨΉΩ Ψ§ΩΩΨΉΩΩΩΩΩ Ω
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
(Surah al-Baqarah: 127)
Justeru, dalam bahasa yang mudah, Nabi Ibrahim AS hanya mengulangi pembinaan pada tapak yang sudah sedia ada. Itulah yang disepakati oleh para ulamaβ tanpa menafikan telah berlaku binaan Kaβbah sebelum daripada itu.
Semoga Allah kurniakan kepada kita dapat menziarahi Kaβbah sama ada dapat menunaikan haji atau umrah. Kami mengakhiri kalam ini dengan doa:
Ψ§ΩΩΩΩΩΩΩ ΩΩ Ψ²ΩΨ―Ω Ψ¨ΩΩΩΨͺΩΩΩ ΩΩΨ°ΩΨ§ ΨͺΩΨ΄ΩΨ±ΩΩΩΩΨ§ ΩΩΨͺΩΨΉΩΨΈΩΩΩ ΩΨ§ ΩΩΨͺΩΩΩΨ±ΩΩΩ ΩΨ§ Ψ ΩΩΨ¨ΩΨ±ΩΩΨ§ ΩΩΩ ΩΩΩΨ§Ψ¨ΩΨ©Ω Ψ ΩΩΨ²ΩΨ―Ω Ω ΩΩΩ Ψ΄ΩΨ±ΩΩΩΩΩΩ ΩΩΨΉΩΨΈΩΩΩ ΩΩΩ Ω ΩΩ ΩΩΩΩ ΨΩΨ¬ΩΩΩΩ ΩΩΨ§ΨΉΩΨͺΩΩ ΩΨ±ΩΩΩ ΨͺΩΨΉΩΨΈΩΩΩ ΩΨ§ ΩΩΨͺΩΨ΄ΩΨ±ΩΩΩΩΨ§ ΩΩΨ¨ΩΨ±ΩΩΨ§ ΩΩΩ ΩΩΩΨ§Ψ¨ΩΨ©Ω
Maksudnya: Ya Allah, tambahkanlah rumah-Mu ini dengan kemuliaan, keagungan, ketinggian, kebajikan dan kehebatan. Dan tambahkanlah siapa yang memuliakan dan mengagungkannya daripada kalangan yang melaksanakan haji atau umrah dengan kemuliaan, keagungan, kebajikan dan juga kehebatan.
Riwayat al-Tabarani dalam al-Duβa (782)

Sumber : Mufti Wilayah persekutuan