Category Archives: Uncategorized

Ulangkaji RAMADAN 1443 Hijrah

Ya Allah, lagi beberapa hari lagi nak berpuasa..apa pun kita nak tak nak kena juga ready untuk berpuasa..

Mungkin ada yang belum bersedia, tapi tak mengapa, ini dia kami nak kongsikan persediaan sebelum nak berpuasa di bulan ramadan..

Jom kita sama-sama belajar & kongsikan kepada ahli keluarga yang lain..

INGAT MEMPERINGATI ITU KAN AMALAM MULIA..

Jom join telegram Quran Darul Iman ini, ada pelbagai ilmu yang boleh kita dapat, paling best tiap jam 10 malam akan adakan bacaan surah Al-Mulk , Klik link ini https://t.me/QuranDaruliman

#qurandaruliman
#pustakadaruliman
#ramadankareem
#ramadan2022

5 Persediaan Diri Sempena Ramadhan 2022

1. Bertaubat
Setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan, namun setiap kesalahan tersebut mengajar kita untuk lebih peka dan menjadikan kita individu yang lebih baik. Jadikan taubat itu sebagai suatu perisai bagi menghalang kita melakukan kesalahan yang sama.

2. Berpuasa Lebih Awal
Berpuasa sunat sebelum memasuki Ramadhan pada tahun ini adalah amalan yang baik untuk tubuh kita. Latihan ini dapat membiasakan tubuh kita bagi menghadapi perjalanan berpuasa secara penuh selama sebulan nanti. Jadi, tubuh kita tidaklah berasa terkejut atau terlampau letih pada bulan Ramadhan yang sebenar.

3. Pastikan Kesihatan Pada Tahap Terbaik
Berpuasa merupakan satu bentuk aktiviti ibadah yang memerlukan daya tahan badan yang tinggi. Bagi individu-individu yang mempunyai masalah kesihatan yang tertentu umpamanya masalah tekanan darah tinggi, masalah kencing manis serta masalah-masalah lain, jangan lupa untuk merujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. Kita perlu faham keadaan tubuh badan kita sekiranya mahu berpuasa penuh selama sebulan. Adalah lebih baik sekiranya kita mengetahui tanda-tanda yang harus dilihat sekiranya kita tidak perlu berpuasa.

4. Tetapkan Matlamat
Ramadhan merupakan satu hadiah daripada Allah untuk kita menjadi lebih bijak tentang apa yang kita lakukan terutamanya dalam beribadah kepada Alllah Azzawajalla. Dalam masa yang sama, berlapar didalam bulan Ramadhan mengajar kita untuk mengingati kesusahan orang-orang yang miskin di sekeliling kita seterusnya membantu orang yang memerlukan. Tetapkan hati dan tetapkan matlamat  yang anda ingin capai sepanjang Ramadhan pada tahun ini.

5. Rancang Aktiviti
Rancang perjalanan Ramadhan anda pada tahun ini dengan baik seperti jadual masa beribadah, perancangan berbuka puasa di luar bersama keluarga dan sebagainya. Tidak dilupakan juga bersiap-sedialah juga dalam menguruskan stok barang runcit dan makanan supaya proses penyediaan makanan berbuka serta bersahur berjalan lancar.

Semoga kita semua mempunyai Ramadhan yang terbaik serta memuaskan pada tahun ini seterusnya menjadikan kita Muslim yang lebih bertakwa seusai keluar daripada Madrasah Ramadhan 2022!

Klik here untuk Perkongsian Islamik : https://t.me/QuranDaruliman

#ramadan
#puasa
#bulanramadan
#pustakadaruliman


Keutamaan Berselawat Keatas Nabi Muhammad S.A.W

Keutamaan ibadah-ibadah wajib seperti Solat, Puasa, Zakat serta mengerjakan Haji tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam. Namun, apakah sahabat sudah tahu apa keutamaan berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W? Berikut ini adalah beberapa rangkuman keutamaannya:

1. Mendapatkan Syafaat Nabi Muhammad S.A.W

Dari Abdullah bin Umar, dia mendengar Rasulllah Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Jika kalian mendengar adzan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkan muadzin, kemudian berselawatlah kepadaku. Sesungguhnya orang yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Lalu, mintalah kepada Allah wasilah untukku karena wasilah adalah sebuat tempat di surga yang tidak akan dikurniakan, melainkan kepada salah satu hamba Allah. Dan, aku berharap bahwa akulah hamba tersebut. Barang siapa memohon untukku wasilah, maka ia akan meraih syafaat.” (HR Muslim).

2. Akan Diangkat Darjatnya

“Barang siapa di antara umatmu yang berselawat kepadamu sekali, maka Allah menuliskan baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan dari dirinya sepuluh keburukan, meninggikannya sebanyak sepuluh darjat, dan mengembalikan kepadanya sepuluh darjat pula’.” (HR Ahmad).

3. Dikumpulkan bersama Rasulullah di Surga

“Manusia yang paling berhak bersamaku pada hari kiamat ialah yang paling banyak membaca selawat kepadaku.” (HR Tirmidzi).

4. Dikabulkan Doanya

Rasulullah bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu membaca selawat, hendaklah dimulai dengan mengagungkan Allah Azza wa Jalla dan memuji-Nya. Setelah itu, bacalah selawat kepada Nabi. Dan setelah itu, barulah berdoa dengan doa yang dikehendaki.” (HR Ahmad, Abu Dawud, dan Tirmidzi).

Semoga kita semua sentiasa istiqamah melantunkan selawat kepada Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam agar kita boleh mendapatkan syafaatnya di akhirat kelak. Aamiin Yaa Rabbal’alamiin.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” QS. Al Ahzab: 56.

Kemuliaan Malam Nisfu Sya’ban

Sya’ban adalah antara bulan yang mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu kerana hampirnya ia dengan Ramadhan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT.

Malah pada pertengahannya (Nisfu Syaaban) antara malam dinantikan oleh umat Islam berikutan terdapat dalam hadis (hadith) riwayat mengenai pengampunan daripada Allah SWT yang dikaitkan dengan malam Nisfu Syaaban.

Nisfu adalah dalam bahasa arab yang merujuk kepada setengah atau separuh

Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban, sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib, iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban 1443 Hijrah

1443 (Hijrah)/ 2022 (Masihi) :
1 Syaaban = 4 Mac
15 Syaaban = 18 Mac

Jom Kita teliti Kemuliaan Malam Nisfu Sya’ban ini kepada kita semua.

Klik here untuk Perkongsian Islamik : https://t.me/QuranDaruliman

#pustakadaruliman
#islamituindah

Tanda orang yang MALANG

Tanda malangnya diri seseorang itu adalah bila mana di “PANJANG” kan waktu lapang, waktu kerja, waktu tidur,waktu game, waktu makan, waktu berhibur bersosial…

Sedang di“PENDEK”kan pula waktu ibadahnya.

Zikrullah nya kurang,
Solatnya ekspress,
Solatnya sentiasa diakhir waktu,
Tiada masa utk menuntut ilmu akhirat,
Mengaji, buka Al-Quran jarang sekali
.

😢
😢
😢

Klik here untuk Perkongsian Islamik : https://t.me/QuranDaruliman

#pustakadaruliman
#tandaorangyangmalang
#islamituindah

10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan

Alhamdulillah, bulan Ramadhan hampir tiba setelah sekian lamanya meninggalkan kita . Bulan yang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia akan menemui kita pada 3 April pada tahun ini. Bagaimanakah persediaan kita bagi menghadapi Bulan Ramadhan pada tahun ini?

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu, kedatangannya memang ditunggu oleh kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Pustaka Darul Iman berkongsi 10 persediaan untuk menemui Ramadan pada tahun ini.
Klik here untuk Perkongsian Islamik : https://t.me/QuranDaruliman

#ramadan
#puasa
#bulanramadan
#pustakadaruliman