5 Persediaan Diri Sempena Ramadhan 2022

1. Bertaubat
Setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan, namun setiap kesalahan tersebut mengajar kita untuk lebih peka dan menjadikan kita individu yang lebih baik. Jadikan taubat itu sebagai suatu perisai bagi menghalang kita melakukan kesalahan yang sama.

2. Berpuasa Lebih Awal
Berpuasa sunat sebelum memasuki Ramadhan pada tahun ini adalah amalan yang baik untuk tubuh kita. Latihan ini dapat membiasakan tubuh kita bagi menghadapi perjalanan berpuasa secara penuh selama sebulan nanti. Jadi, tubuh kita tidaklah berasa terkejut atau terlampau letih pada bulan Ramadhan yang sebenar.

3. Pastikan Kesihatan Pada Tahap Terbaik
Berpuasa merupakan satu bentuk aktiviti ibadah yang memerlukan daya tahan badan yang tinggi. Bagi individu-individu yang mempunyai masalah kesihatan yang tertentu umpamanya masalah tekanan darah tinggi, masalah kencing manis serta masalah-masalah lain, jangan lupa untuk merujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. Kita perlu faham keadaan tubuh badan kita sekiranya mahu berpuasa penuh selama sebulan. Adalah lebih baik sekiranya kita mengetahui tanda-tanda yang harus dilihat sekiranya kita tidak perlu berpuasa.

4. Tetapkan Matlamat
Ramadhan merupakan satu hadiah daripada Allah untuk kita menjadi lebih bijak tentang apa yang kita lakukan terutamanya dalam beribadah kepada Alllah Azzawajalla. Dalam masa yang sama, berlapar didalam bulan Ramadhan mengajar kita untuk mengingati kesusahan orang-orang yang miskin di sekeliling kita seterusnya membantu orang yang memerlukan. Tetapkan hati dan tetapkan matlamat  yang anda ingin capai sepanjang Ramadhan pada tahun ini.

5. Rancang Aktiviti
Rancang perjalanan Ramadhan anda pada tahun ini dengan baik seperti jadual masa beribadah, perancangan berbuka puasa di luar bersama keluarga dan sebagainya. Tidak dilupakan juga bersiap-sedialah juga dalam menguruskan stok barang runcit dan makanan supaya proses penyediaan makanan berbuka serta bersahur berjalan lancar.

Semoga kita semua mempunyai Ramadhan yang terbaik serta memuaskan pada tahun ini seterusnya menjadikan kita Muslim yang lebih bertakwa seusai keluar daripada Madrasah Ramadhan 2022!

Klik here untuk Perkongsian Islamik : https://t.me/QuranDaruliman

#ramadan
#puasa
#bulanramadan
#pustakadaruliman


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *